Kukuhkan ketuanan Melayu menerusi nilai Islam - PM

Kukuhkan ketuanan Melayu menerusi nilai Islam – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan ketuanan Melayu perlu sentiasa dikukuhkan menerusi nilai-nilai Islam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, maruah dan kekuatan orang Melayu terbina di atas nilai-nilai Islam.

“Aspek ini perlu ditekankan semula, bagi mengelakkan era kini daripada terperangkap dalam ilusi mengenai Melayu kehilangan kuasa dan kegilaan yang tercetus dengan menegakkan ketuanan Melayu,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Syarahan Perdana Profesor Diraja , Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang bertajuk “Islam: The Covenants Fulfilled” di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Anwar berkata, semua pihak termasuk generasi akan datang boleh mengambil inspirasi dan manfaat daripada khazanah ilmu yang diwariskan oleh tokoh ilmuan Islam, sekali gus membentuk bangsa Melayu yang disegani.

Katanya, masyarakat Melayu boleh menjadikan tokoh ilmuan Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai rujukan dalam menegakkan perjuangan bangsa dan agama.

“In Sha Allah, kerajaan akan mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi Pustaka Syed Muhammad Naquib al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) sebagai satu daripada perpustakaan sejarah Islam terkemuka di rantau Asia Tenggara.

“Koleksi semasa dianggarkan melebihi 150,000 judul, perpustakaan ini diiktiraf sebagai pusat rujukan penting dalam bidang keilmuan Islam.

“Karya penulisan tokoh tersebut adalah keutamaan maruah Melayu dan kekuatan masyarakat Melayu yang terbina di atas dasar nilai-nilai Islam,” katanya.

Anwar turut menegaskan satu perkara asas dalam semua karya ini adalah keutamaan maruah Melayu di atas dasar nilai-nilai Islam.

“Secara ringkas, karya agung Profesor Naquib mengingatkan kita tentang pandangan hidup Islam yang berlandaskan dominasi nilai-nilai peradaban utama seperti keadilan, budaya, kebebasan, moraliti, dan kemajuan masyarakat.

“Yang paling utama, seruan untuk mengatasi kejahilan dengan ilmu, untuk keluar dari kegelapan menuju cahaya semuanya adalah asas penting dalam membina sebuah peradaban yang mulia dan hebat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya