KTMB tambah perkhidmatan ETS sempena Tahun Baharu Cina

KTMB tambah perkhidmatan ETS sempena Tahun Baharu Cina

KTMB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) akan ditambah sebanyak dua perkhidmatan bagi perjalanan pergi dan balik antara stesen KL Sentral serta Padang Besar bersempena Tahun Baharu Cina.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, tiket tren tambahan akan dijual mulai esok 3 Januari pada pukul 10 pagi bagi perjalanan yang bermula 17 Januari sehingga 16 Februari.

“Tren tambahan akan beroperasi selama 19 hari dengan menawarkan 630 tempat duduk setiap hari termasuk kemudahan kelas perniagaan dengan jumlah keseluruhan 11,970 tempat duduk.

“Tren akan berlepas dari KL sentral pada pukul 5 petang dan tiba Padang Besar pada pukul 10.20 malam. Manakala dari Padang Besar, tren akan berlepas pada pukul 11.05 pagi dan tiba di KL Sentral pada pukul 4.30 petang,” katanya.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-97791200 atau layari media sosial rasmi KTMB untuk pertanyaan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya