KPSK UiTM rai bakat golongan istimewa OKU

KPSK UiTM rai bakat golongan istimewa OKU

ROSLINDA (tengah) ketika Majlis Perasmian Karnival CASAxOKU 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Karnival CASAxOKU 2025 yang dianjurkan oleh pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana membuka ruang meraikan bakat unik dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pelbagai aktiviti seni dan kreatif.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Januari tersebut melibatkan seramai 438 pelajar Pengajian Seni Liberal daripada peringkat diploma hingga ijazah sarjana muda.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM (U-DServed), Prof. Madya Dr. Roslinda Alias berkata, karnival bertujuan merapatkan hubungan antara pelajar dan golongan istimewa serta memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kehebatan bakat yang dimiliki oleh OKU.

Katanya, antara individu OKU yang mencuri perhatian ialah seorang individu penglihatan dan seorang lagi individu dengan autisme, masing-masing memiliki bakat luar biasa dalam memainkan alat muzik.

“Walaupun berdepan keterbatasan, keberanian mereka untuk tampil di hadapan khalayak membuktikan bahawa tiada halangan mampu mematahkan semangat mereka.

“Karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Simfoni Tanpa Batasan, Tangan Yang Melihat, Talk Show Emansipasi Unik, Trade-sure Hunt, Bengkel Artesable Arena, Cinemove Unisinema Suara Tanpa Batas dan EntrepreNation@Pundana,” katanya ketika Majlis Perasmian CASAxOKU 2025, semalam.

Mengulas lanjut, Roslinda berkata, acara turut menampilkan persembahan langsung melalui Pentas Casacoustic yang dimeriahkan oleh kumpulan muzik popular seperti Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Armpunk Syndicate serta pameran seni kreatif hasil usahawan OKU.

Katanya, karnival tersebut mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk penajaan daripada Hausboom, serta promosi aktif melalui platform media sosial oleh pelajar subjek Promosi dan Publisiti.

“Kami berusaha membawa perubahan dalam cara pelajar berfikir melalui tema CASAxOKU dan inisiatif ini bukan sahaja menjenamakan semula Pengajian Seni Liberal tetapi juga menggalakkan pelajar bereksperimentasi menghasilkan impak positif.

“KPSK menerusi program seperti ini komited melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga prihatin terhadap komuniti. Karnival ini juga selaras dengan Pelan Strategik UiTM 2025 untuk menjadi universiti bertaraf dunia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya