KPKM ada langkah pastikan keberadaan beras putih tempatan, tunggu persetujuan kerajaan

KPKM ada langkah pastikan keberadaan beras putih tempatan, tunggu persetujuan kerajaan

Pengguna terpaksa membeli beras import pelbagai jenama dengan harga lebih tinggi. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti supaya rakyat mendapat maklumat tepat.

KPKM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh.

“Ini bagi meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

“Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan setelah perincian mengenainya dipersetujui kerajaan,” katanya hari ini.

Ia susulan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berhubung isu BPT pada 21 Januari lalu.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) itu dilaporkan berkata, beliau akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan portfolio urusan padi dan beras negara di bawah NACCOL buat sementara waktu.

Beliau akan mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 3 Februari ini bagi mencari penyelesaian isu padi dan beras dalam negara, yang berlarutan sejak dua tahun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya