KPDN kerjasama Petronas tawar servis kenderaan harga Rahmah sempena perayaan

KPDN kerjasama Petronas tawar servis kenderaan harga Rahmah sempena perayaan

ARMIZAN Mohd Ali (tiga kiri) ketika meluncurkan Program Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat julung kali, pemilik kereta boleh menikmati servis ditawar pada harga khas Rahmah di sejumlah bengkel stesen minyak Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi setiap musim perayaan.

Ia hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah dikenali sebagai Servis Ihsan Madani @ Petronas AutoExpert (SIM@PAX).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, untuk permulaan, sejumlah 95 daripada keseluruhan 130 buah stesen Petronas di seluruh negara terlibat untuk sambutan Tahun Baharu Cina nanti yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 Januari ini.

Katanya, selepas ini pula ia bakal diperluaskan lagi untuk perayaan-perayaan lain termasuk Hari Kebangsaan pada 31 Ogos kelak melibatkan semua bengkel Petronas AutoExpert di stesen minyak syarikat tersebut.

“Pemilik kereta akan menerima kadar potongan istimewa antara 10 sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran untuk minyak pelincir jenis mineral dan semi sintetik.

“Pakej penyelenggaraan ditawarkan pula lebih rendah daripada kebiasaan dan mereka yang berminat perlu menempah slot servis itu melalui aplikasi Setel Petronas,” katanya selepas melancarkan program itu di sini hari ini.

Menurut Armizan, program baharu ini merupakan inisiatif di bawah Payung Rahmah dan antara 14 strategi KPDN sepanjang 2025 dengan peruntukan RM300 juta bagi membantu rakyat menerusi iltizam pihak industi.

Menyentuh antara hala tuju kementerian itu pada tahun ini, beliau berkata, lebih banyak siri Program Jelajah Rahmah Madani akan berlangsung di seluruh negara apabila berjaya merekodkan 6,870 siri pada 2023 dan meningkat 12,230 siri (2024) dengan jumlah pengunjung mencecah 12.24 juta (2024) berbanding 9.24 juta orang pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya