Korek tabung ganti barang elektrik rosak

Korek tabung ganti alat elektrik rosak

 ZAWAHIR Abdullah (kiri) bersama Pengarah Wilayah Pantai Timur Etiqa Insurans & Takaful, Muhamad Nurawi Abdul Rashid (dua dari kanan) menyampaikan pek makanan kepada salah seorang mangsa banjir di Masjid Mukim Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang mangsa banjir terpaksa menggunakan wang tabungnya untuk membeli peralatan elektrik  baharu menggantikan yang rosak akibat ditenggelami banjir.

Che Saripah Che Moh, 69, berkata, dia menanggung kerugian besar akibat banjir baru-baru ini apabila peralatan elektrik seperti mesin basuh, mesin jahit dan almari rosak.

Katanya, dia tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana menyangka rumahnya selamat.

“Banjir berlaku  setiap tahun tetapi  airnya hanya di pekarangan rumah. Tetapi banjir baru-baru ini air melimpah masuk di dalam rumah sedalam 0.3 meter, saya tak sempat berkemas,” katanya ditemui di program Bantuan Mangsa Banjir  Etiqa Berhad dan Islamic Aid Malaysia  di Masjid Mukim Lubok Setol di sini hari ini.

Menurut Che Saripah, dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa dan turun sehelai sepinggang untuk berpindah di pusat pemindahan banjir (PPS).

“Untuk membeli kelengkapan baharu saya terpaksa mengguna wang simpanan, mungkin saya beli secara ansur-ansur memandangkan wang tak cukup,” katanya.

Sementara itu, Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM), Zawahir Abdullah berkata, sebnayak  750 keluarga  menerima bantuan pek  makanan  dan ‘Hyiegenic Pack’ dengan peruntukan sebanyak RM375,000 diagihkan untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. 

“AIM dengan kerjasama Etiqa Takaful mengadakan program ‘Bantuan Mangsa Banjir Kelantan’ dengan mengagihkan pek makanan tersebut. Program ini memberi fokus kepada golongan yang kurang berkemampuan khususnya  golongan asnaf yang terkesan akibat bencana banjir,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya