Kontraktor maut, isteri cedera nahas tiga kenderaan

Kontraktor maut, isteri cedera nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang kontraktor maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 37.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.10 malam.

Katanya, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Saga, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dan sebuah lori treler yang kesemuanya bergerak arah sama iaitu menuju ke selatan.

“Pemandu kereta Proton Saga iaitu seorang lelaki berusia 50 tahun maut di lokasi kejadian manakala isterinya berumur 38 tahun yang duduk di bahagian penumpang depan mengadu sakit dada dan belakang badan.

“Wanita itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan manakala jenazah suaminya dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, kereta Proton Saga itu dipercayai terlanggar belakang Toyota Avanza mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kiri dan kanan jalan sebelum Proton Saga itu dirempuh pula treler terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Lukmanul Hakim Mohd. Fauzi di talian 04-7321222 atau 013-9964614.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Bustan Karudin berkata, keadaan Proton Saga itu yang remuk menyebabkan pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya