Konsert Pinkfish: Pelbagai elemen disiasat - Polis

Konsert Pinkfish: Pelbagai elemen disiasat – Polis

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis kini memberi fokus kepada pelbagai kemungkinan dalam siasatan berhubung kes kematian empat individu ketika menghadiri Konsert Pinkfish, termasuk elemen jenayah dan aktiviti dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, setakat ini kes masih dalam siasatan di bawah laporan mati mengejut (SDR), manakala elemen lain seperti jenayah dan dadah turut diteliti.

“Setakat ini, seramai 43 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kami (polis) turut menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan dua individu yang kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan kembali sedarkan diri baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, buat masa ini, keterangan mereka belum diperoleh dan suspek yang terlibat dalam penjualan dadah juga belum dikenal pasti.

Dalam perkembangan lain, penganjur konsert serta rahli keluarga mangsa sudah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, pada Isnin.

Menurut Wan Azlan, keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan berhubung kematian empat pengunjung konsert berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan empat individu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Mereka antara tujuh pengunjung yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami beberapa simptom sama selepas menghadiri konsert berkenaan.

Pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya