Konsert Pinkfish: 15 individu telah diambil keterangan

Konsert Pinkfish: 15 individu telah diambil keterangan

Konsert
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah merakam keterangan daripada 15 individu setakat ini bagi membantu siasatan berhubung insiden melibatkan pengunjung konsert Pinkfish pada malam sambutan Tahun Baharu 2025. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu tersebut merupakan rakan kepada mangsa yang dipercayai hadir ke konsert berkenaan.

“Rakaman percakapan dibuat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian tersebut. 

“Namun, sehingga kini keputusan ujian toksikologi masih belum diterima,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata, dua mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudah sedarkan diri, namun keadaan mereka masih lemah. 

Semalam, polis mengesan terdapat penjualan pil ekstasi yang diperolehi mangsa pada harga RM50 hingga RM100 di dalam dan luar premis konsert Pinkfish sempena ambang tahun baharu pada Selasa lalu.

Menurut Hussein, berdasarkan siasatan mangsa mengambil pil tersebut sebelum rebah tidak sedarkan diri antara pukul 10.45 malam hingga 3 pagi pada keesokan hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya