Kompleks Sukan Rembau dijangka siap Jun ini

Kompleks Sukan Rembau dijangka siap Jun ini

MUSTAPHA NAGOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kompleks Sukan Rembau di Chembong, di sini, yang dikategorikan sebagai projek sakit sebelum ini, dijangka siap menjelang awal bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mustapha Nagoor berkata, apabila siap kelak, kompleks tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya dewan badminton dengan sembilan gelanggang, astaka, trek larian sintetik dan padang bola sepak sintetik.

Jelas beliau, kos asal projek Kompleks Sukan Rembau sebelum ini adalah sebanyak RM27 juta, namun kontrak asal telah ditamatkan dan kontrak baharu adalah bernilai hampir RM16.6 juta.

Katanya, projek berkenaan sepatutnya siap lebih setahun lalu namun disebabkan masalah teknikal, pihak konsultan perlu mencari kaedah penyelesaian dan kini status projek sudah mencapai 90 peratus.

“Kompleks ini akan membolehkan kita menganjurkan kejohanan sukan di peringkat daerah dan negeri disebabkan fasiliti di sini membolehkan beberapa jenis sukan berjalan serentak,” katanya.

Sebagai rekod projek pembinaan Kompleks Sukan Rembau telah dimulakan pada 2018 dengan peruntukan sebanyak RM27 juta namun gagal disiapkan ekoran masalah dihadapi kontraktor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya