Kolaborasi UiTM-ADFM perkukuh memori pesakit Alzheimer - Utusan Malaysia

Kolaborasi UiTM-ADFM perkukuh memori pesakit Alzheimer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM) bekerjasama melancarkan modul inovatif “Celosia – Forget Me Not”, untuk membantu pesakit nyanyuk mengasah semula memori dan memperkukuhkan hubungan bersama keluarga.

Modul ini diperkenalkan melalui bengkel khas di Petaling Jaya Alzheimer’s Care Centre (PJACC) dengan penyertaan lebih 20 pesakit Alzheimer dan penjaga mereka. Ia menggunakan pendekatan “merentas masa lalu” melalui aktiviti interaktif seperti cabaran memori, seni melukis, dan origami yang bukan sahaja merangsang minda tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Presiden Rotary Club Shah Alam (RCSA), Ruby Siah, memuji modul ini sebagai hasil inovasi pelajar Program Instruksional Komunikasi dan Latihan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam. Beliau menyifatkan ia tepat pada masanya dengan pelancaran Pelan Demensia Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang memberi tumpuan kepada penjagaan dan sokongan holistik untuk pesakit demensia.

Dibangunkan oleh Dr. Anuar Ali bersama pelajar UiTM, diketuai oleh Hanania Uzma Osman, modul ini memberi impak sosial yang signifikan. Statistik menunjukkan 1 daripada 10 warga emas di Malaysia menghidap nyanyuk, menjadikan inisiatif ini sebagai inspirasi kepada lebih banyak usaha kesedaran Alzheimer pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya