Kokain RM8 juta dirampas, ‘tukang masak’ warga Hong Kong ditahan

Kokain RM8 juta dirampas, ‘tukang masak’ warga Hong Kong ditahan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Seri Khaw Kok Chin ketika menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis membongkar makmal memproses dadah jenis kokain selain menahan seorang lelaki warga Hong Kong dipercayai berperanan sebagai ‘tukang masak’ dalam serbuan di Pusat Perindustrian Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama dekat sini pada 15 Januari lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Kuala Lumpur itu, polis turut merampas bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM8 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 27 tahun yang turut memegang kewarganegaraan United Kingdom dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong pada 3 Januari lalu.

Katanya, siasatan mendapati suspek masuk ke negara ini untuk menjadi tukang masak bagi memproses dadah berkenaan.

“Siasatan juga mendapati sindiket memproses dadah tersebut mula bergiat aktif sejak Disember lalu untuk diedar bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Serbuan pertama dijalankan di Pusat Perindustrian Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama dan menahan lelaki tersebut selain merampas cecari dan ketulan dadah disyaki kokain,” katanya dalam sidang akhbar di Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurutnya, penahanan tersebut membawa kepada serbuan kedua iaitu di sebuah premis berhampiran lokasi pertama.

Jelasnya, hasil pemeriksaan turut menemukan 3,517.25 liter dan 104.9 kilogram (kg) dadah kokain selain pelbagai peralatan memproses dadah.

“Pihak polis kemudian menyerbu sebuah rumah di sekitar Segambut di sini pada 7.40 malam dan menemukan bahan kimia dipercayai untuk memproses dadah dianggarkan seberat 1.0 liter dan 3.2kg.

“Jumlah keseluruhan rampasan dan bahan kimia membabitkan 2.2kg dan 2.6 liter dadah disyaki kokain, 108.15kg dan 3,518.25 liter bahan kimia untuk memproses dadah dianggarkan bernilai RM8 juta.

“Kita percayai dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 192,000 orang penagih,” ujarnya.

Menurutnya, premis tersebut dipercayai digunakan untuk memproses dadah sejak Disember lalu.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek memegang dua passport tiada rekod jenayah dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 22 Januari depan.

“Kita sedang menyiasat sekiranya suspek mempunyai kaitan dengan kartel Latin Amerika atau apa-apa sindiket lain terlibat pengedaran dadah jenis kokain.
“Kita telah menghantar sampel dadah yang dirampas untuk menganalisis tahap ketulenan kokain.

““Analisis mendapati harga kokain bagi satu kilogram di negara ini dianggarkan RM200,000, agak rendah berbanding negara lain antaranya di New Zealand iaitu RM1.1juta,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya