KKM arah henti penjualan, pengambilan Apple S

KKM arah henti penjualan, pengambilan Apple S

IHSAN KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa penjualan dan pengambilan produk gula gula jenama Apple S dihentikan kerana mengandungi bahan yang diaduk dengan racun berjadual.

KKM dalam kenyataan berkata, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati Apple S mengandungi Sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.

Menurutnya, Sibutramine merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar atau selera makan yang digunakan di dalam kebanyakan produk bagi tujuan pengurusan badan.

Bagaimanapun, jelasnya, ubat tersebut merupakan bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM.

“Antara kesan sampingan sibutramine yang dilaporkan adalah gangguan fungsi sistem jantung seperti menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju (tachycardia) walaupun dalam keadaan rehat.

“Selain daripada kesan sampingan yang serius, terdapat juga kesan sampingan yang ringan seperti mulut kering, rasa mual, sembelit, sukar tidur, pening, senggugut dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, KKM berkata, Apple S didapati tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 antaranya tiada nama sebenar produk dalam Bahasa Malaysia serta tiada maklumat mengenai pengilang, pembungkus, pengedar atau pemilik hak pengilangan dan pengimport.

Oleh itu, katanya, produk tersebut tidak dibenarkan untuk diiklankan atau dijual mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

“Di samping itu, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai juga perlu menghentikan penggunaan produk tersebut serta merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya