KK Mart gantung syarikat pembekal sandwic

KK Mart gantung syarikat pembekal sandwic

KK Mart
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KK Super Mart mengambil tindakan menggantung semua urusan perniagaan dengan pembekal produk ‘sandwich ham & cheese’, Shake and Bake Cafe Sdn. Bhd.

KK Super Mart memaklumkan, rangkaian kedai serbaneka itu turut menghentikan kemasukan produk berkaitan syarikat itu ke semua cawangan miliknya.

Pihaknya turut mengesahkan hanya 16 KK Concept Store yang mempunyai kemasukan produk ini.

Dalam hal ini, KK Super Mart mengeluarkan surat tuntutan kepada pembekal melalui peguam, David Gurupatham & Koay pada 10 Januari lalu serta membuat laporan polis sehari berikutnya.

“Bagi membendung perkara ini, dua premis di Universiti Malaya (UM) juga telah ditutup untuk siasatan lanjut.

“KK Mart bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa selepas serbuan dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas kilang terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular berhubung isu penemuan label bertulisan ‘ham’ pada bungkusan sandwich yang dijual di premis kedai sebaneka itu yang beroperasi di UM, diragui status halalnya.

Susulan itu, Jakim mengesahkan produk ‘ham and cheese sandwic’ tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Pada masa sama, KPDN membuat sebuan bersama Jakim ke atas kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara selepas didapati menyalah guna logo halal.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pemeriksaan mendapati kilang terbabit tidak memiliki kelulusan halal yang sah daripada Jakim dan didapati tamat tempoh pada 15 Oktober 2023.

Malah, sijil halal itu diperakukan kepada sebuah syarikat lain yang telah menjual perniagaannya kepada pemilik kilang tersebut.

Dalam pada itu, KK Mart mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan keyakinan dan kesejahteraan pelanggan mereka.

“Pihak syarikat juga sentiasa memandang serius dan mengambil langkah untuk mengelak kejadian seperti ini daripada berulang pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya