Kilang kitar semula hangus terbakar

Kilang kitar semula hangus terbakar

KILANG barangan kitar semula yang musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebuah kilang barangan kitar semula musnah dalam kebakaran di Taman Ria Jaya, di sini awal pagi ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abdul Fataf Amdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.35 pagi.

Beliau berkata, operasi disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya dan dibantu sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani, Tikam Batu dan Yan.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kilang jenis binaan kekal barangan kitar semula. Kemusnahan dianggarkan kira-kira 80 peratus dan tiada mangsa dalam kilang itu ketika kebakaran,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada pukul 5.50 pagi dan operasi pemadaman masih lagi dilakukan di lokasi manakala punca serta kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya