Ketua Hakim Negara tidak sabar menanti persaraan

Ketua Hakim Negara tidak sabar menanti persaraan

TENGKU Maimun Tuan Mat dalam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memaklumkan beliau tidak sabar untuk bersara daripada jawatannya itu.

Ketika membaca ucapannya, Tengku Maimun menyatakan, beliau tidak sabar untuk menghabiskan masa dengan anak-anaknya dan mendekatkan dirinya kepada Allah.

Tengku Maimun dijangka bersara pada pertengahan tahun ini.

“Saya tidak akan merasa cemburu dengan sesiapa yang akan menggantikan saya. Saya juga merasa tenang kerana meninggalkan kehakiman dalam keadaan yang baik,” katanya.

Wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara itu berkata demikian pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Tengku Maimun dilantik menjadi Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 April 2019. Pelantikan itu berkuatkuasa pada 2 Mei 2019.

Pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023, Tengku Maimun menegaskan beliau akan bersara pada tahun ini.

Pada ketika ini, majlis masih lagi berlangsung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya