Kes Yusof Rawther dibicara April ini

Kes Yusof Rawther dibicara April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan lima hari bagi perbicaraan pertuduhan kes bekas pembantu, Muhammed Yusoff Rawther yang didakwa atas tuduhan mengedar dadah pada April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, menetapkan 7 hingga 11 April ini setelah mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.

Tambahnya, perbicaraan kes membabitkan Muhammed Yusoff, 32, akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman.

“Hari ini ditetapkan untuk sebutan dan pihak kami baharu menerima representasi daripada pihak peguam. Oleh itu, pohon satu tarikh untuk mendapatkan keputusan representasi berkenaan,” katanya.

Peguam bela, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff mengesahkan perkara itu dan turut memaklumkan representasi berkenaan dihantar bagi memohon pendakwaan mengugurkan pertuduhan yang dihadapi anak guamnya.

Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaiki beliau di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 6 September tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) pada akta sama yang mana menerima hukuman penjara seumur hidup dan  disebat tidak kurang 12 sebatan.

Dalam pada itu, pada 9 Oktober 2024 pula, Yusoff didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

Beliau didapati mempunyai senjata tiruan tersebut di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada tarikh yang sama iaitu 6 September 2024. 

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika disabit bersalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya