Kes Yap Xin Yuan: Polis tunggu laporan forensik

Kes Yap Xin Yuan: Polis tunggu laporan forensik

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menunggu laporan forensik bagi menentukan punca sebenar kematian remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan kini tertumpu kepada kandungan dadah dalam badan mangsa untuk memastikan ia punca kematian remaja berkenaan.

“Kita (polis) perlu menunggu laporan forensik sebelum merujuk kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di sini hari ini. 

Menurutnya, suspek kes berkenaan boleh direman maksimum 14 hari dan jika bukti tidak mencukupi, suspek boleh dibebaskan dengan jaminan tetapi tetap berdepan pertuduhan sekiranya bukti kukuh diperoleh kemudian. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang suspek yang sebelum ini ditahan berhubung kes penemuan mayat remaja perempuan itu di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat pada 28 Disember lalu, dibebaskan sebagai saksi pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, suspek berumur 51 tahun sebelum itu ditahan sejak 30 Disember bersama dua lagi suspek lain berusia 16 dan 20 tahun.

“Dua lagi suspek kes itu diberikan jaminan dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah, supaya hadir di mahkamah.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula setelah arahan berkaitan diambil tindakan. Segala tindakan melalui proses undang-undang sedang diteliti untuk memastikan keadilan terjamin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya