SHAH ALAM: Seorang wanita yang diberkas bagi siasatan kes penipuan melibatkan isteri pelakon dan pelawak Along Cham mempunyai rekod kes penipuan di empat buah negeri. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek berusia lingkungan 20-an itu terlibat dalam lima kes penipuan di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor. “Selain itu, semakan mendapati wanita berkenaan dikehendaki berkaitan laporan di Tanjung Aru, Sabah. “Suspek dan suaminya kini masing-masing direman selama empat dan tiga hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Utusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya