Bot warga asing langgar, serang bot APMM

Kes tembak: Bot warga asing langgar, serang bot APMM

Konsert
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu insiden tegang berlaku di perairan Tanjung Rhu apabila sebuah bot yang dipercayai dinaiki warga asing bertindak agresif dengan melanggar bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebanyak empat kali sebelum cuba menyerang anggota penguatkuasa menggunakan parang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kejadian itu berlaku semalam sekitar pukul 3 pagi ketika APMM sedang menjalankan rondaan di kawasan perairan berkenaan.

“Dua individu dalam bot suspek bertindak ganas dengan menyerang anggota APMM menggunakan parang, menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri.

“Bagaimanapun, bot tersebut berjaya melarikan diri dalam keadaan gelap,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beberapa jam kemudian, sekitar pukul 9 pagi, APMM menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah bot yang terdampar di persisir pantai Banting.

“Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemukan dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

“Salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Tambah Hussein, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. 

“Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya. 

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima laporan daripada pengadu, seorang pegawai perubatan yang bertugas di zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Menurut pengadu, pegawai perubatan hospital menerima kehadiran ketiga-tiga lelaki berkenaan sekitar pukul 7.30 pagi dalam keadaan sedar dengan kesan tembakan pada anggota badan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya