Kes rasuah Puspakom: Seorang individu ditahan SPRM

Kes rasuah Puspakom: Seorang individu ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara.

Penahanan itu hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut SPRM, Individu tersebut diserahkan  JPJ kepada SPRM petang semalam dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom.

“Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah,” katanya dalam kenyataan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Pada masa sama, SPRM menegaskan komitmennya untuk terus memerangi rasuah, khususnya melibatkan sektor penguatkuasaan, demi memastikan perkhidmatan awam di negara ini kekal telus, berintegriti, dan dipercayai rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya