Kes rasuah Musa Aman diselesai ketika pembangkang jadi kerajaan - Anwar

Kes rasuah Musa Aman diselesai ketika pembangkang jadi kerajaan – Anwar

ANWAR Ibrahim menyantuni mahasiswa selepas hadir menunaikan solat jumaat di Pusat Islam UiTM Dengkil, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL:  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kesal dengan dakwaan pihak tertentu termasuk pembangkang yang membangkitkan kes-kes rasuah terdahulu yang berlaku dan diselesaikan di luar tempoh pimpinannya sebagai Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan, beliau baru memimpin negara selama dua tahun sahaja.

“Ada yang dibangkitkan soal (kes) rasuah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Itu (kes rasuah Musa) dilepaskan masa mereka (pembangkang). 

“Masa saya (sebagai Perdana Menteri), apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buka balik fail, ia tidak boleh diteruskan.

“Jadi, macam mana saya boleh dikecam dalam soal saya tidak terlibat. Yang saya terlibat adalah dalam tempoh dua tahun ini sama ada peringkat rendah, tinggi dan atas. Kalau ada (rasuah) saya tidak tolak ansur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama pelajar UiTM Dengkil di Pusat Islam UiTM Dengkil, di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau mendapati ada pihak yang membangkitkan kes rasuah lama di mana ada yang mampu diselesaikan dan ada yang tidak mampu diselesaikan.

Beliau juga hairan apabila kerajaan membangkitkan soal kehilangan wang negara berbilion-bilion, tiada pula pihak yang bersuara, malah ada yang mempertahankannya pula.

Pada masa sama, beliau meletakkan komitmen jika ada pimpinan Kerajaan Madani terlibat rasuah, maka beliau sendiri akan menangani mereka.

Sebelum ini, ada pihak termasuk pembangkang mempertikai pelantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kononnya beliau pernah terlibat dengan rasuah.

Pada Jun 2020, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan bekas Tun Musa daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya