Kes Pinkfish: Tiga lelaki ditahan, disyaki jual dadah

Kes Pinkfish: Tiga lelaki ditahan, disyaki jual dadah

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah ketika konsert Pinkfish di Bandar Sunway, baru-baru ini ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu diberkas dalam operasi berasingan di sekitar Selangor antara 8 hingga 12 Januari lalu.

“Siasatan mendapati salah seorang daripada suspek hadir ke konsert berkenaan, manakala dua lagi berada di luar lokasi penganjuran.

“Hasil soal siasat ke atas mangsa yang terselamat pula mendapati ada yang membeli pil ekstasi di dalam konsert, selain terdapat juga individu yang mendapatkan bekalan tersebut di luar kawasan acara,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), di sini hari ini. 

Terdahulu, polis menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung insiden tujuh pengunjung konsert yang mengalami simptom sama dipercayai akibat pengambilan dadah.

Empat daripada mereka meninggal dunia, manakala tiga lagi terselamat dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Dalam pada itu, Hussein menegaskan pihak berkuasa akan mengetatkan syarat penganjuran konsert bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Antara syarat baharu yang akan diteliti adalah jenis muzik yang dimainkan, jumlah kehadiran penonton bergantung kepada lokasi, serta kewajipan pihak penganjur menyediakan kit bantuan kecemasan awal.

“Selain itu, PDRM akan menempatkan pasukan narkotik di lokasi acara bagi membanteras sebarang aktiviti penyalahgunaan dan penjualan dadah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya