PUTRAJAYA: Kes buang kerja mKes buang kerja paling tinggi diselesaikan Mahkamah Perusahaan bagi 2019-2023.erekodkan jumlah tertinggi yang diselesaikan di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) bagi tempoh 2019 hingga 2023.
Dapatan kali pertama itu diperoleh daripada hasil satu kajian berkenaan pengurusan kes-kes di MPM yang dilaksanakan bermula 8 Februari hingga 31 Disember 2024.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kes buang kerja itu membabitkan 46,099 daripada keseluruhan 53,024 data kes yang mewakili 86.94 peratus yang dirujuk kepada MPM.
Beliau berkata, kategori kedua tertinggi ialah bagi ketidakpatuhan keputusan dan perjanjian kolektif iaitu sebanyak 9.74 peratus, manakala peratusan bagi kategori kes yang lain adalah kecil iaitu di antara 0.04 peratus sehingga 1.62 peratus.
“Lima negeri tertinggi yang mencatatkan peratusan penyelesaian kes tertinggi bagi tempoh itu ialah Selangor (47.61 peratus), Kuala Lumpur (17.82 peratus), Johor (6.66 peratus), Pulau Pinang (5.81 peratus) dan Perak (4.63 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Kajian Pengurusan Kes-Kes di MPM di sini hari ini.
Katanya, kajian sama mendapati pengadu lelaki merupakan kumpulan pengadu tertinggi yang terlibat dalam kes pembuangan kerja iaitu sebanyak 72.99 peratus berbanding pengadu perempuan iaitu sebanyak 27.01 peratus.
Mohd Uzir berkata, objektif kajian ini ialah untuk menyediakan profil asas kes-kes di MPM, mengenalpasti isu-isu dan mencadangkan rekomendasi sesuai kepada pihak yang terlibat.
Menurutnya, kajian sama turut merangkumi data-data bagi kes selesai, kes belum selesai,
penyelesaian melalui kaedah mediasi, perjanjian kolektif dan keputusan (award) yang dikeluarkan.
“Sepanjang tempoh kajian, sebanyak 19 sesi perbincangan kumpulan berfokus dan temuramah yang melibatkan seramai 69 orang wakil daripada setiap kementerian jabatan, agensi, ahli akademik, persatuan majikan dan kesatuan sekerja turut dijalankan.
“Kajian itu penting bagi mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan bagi membantu kementerian dan agensi yang berkaitan menambah baik dasar, perundangan dan pelaksanaan program sedia ada,” katanya.
Dari segi penglibatan kesatuan sekerja dan majikan pula, katanya,sebanyak 77.78 peratus kesatuan sekerja telah terlibat dalam penyelesaian kes di MPM manakala 22.22 peratus merupakan daripada pihak majikan.-UTUSAN