Kertas siasatan ‘berzikir di  kubur’ diserah Pejabat Mufti Wilayah

Kertas siasatan ‘berzikir di  kubur’ diserah Pejabat Mufti Wilayah – Mohd Na’im

MOHD. Na'im Mokhtar ketika menyertai Program Gema Syukur 2025 di Masjid Putra, Putrajaya. - GAMBAR JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kertas siasatan berhubung video tular sekumpulan lelaki didakwa berzikir dalam keadaan mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam di Setapak telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menyerahkan kertas siasatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, kertas siasatan itu diserahkan selepas pihak penguat kuasa Jawi selesai mengambil keterangan individu termasuk waris kubur dan juga saksi terlibat.

“Jawi telah menjalankan siasatan seperti diarahkan membabitkan pelbagai sudut termasuk zikir yang dijalankan kumpulan itu dan juga keterangan daripada pihak yang hadir seperti waris kubur. 

“Dua atau tiga hari lalu, Jawi juga telah menyerahkan laporan itu dan Jabatan Mufti WP akan memberikan pandangan mereka berdasarkan laporan serta siastan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Gema Syukur 2025 di Masjid Putra, di sini hari ini.

Katanya, jika zikir yang dijalankan itu bertentangan dengan akidah serta hukum, maka Jawi akan menyediakan kertas untuk mendakwa yang akan dibuat di mahkamah syariah.

Ditanya berapa ramai individu telah dipanggil bagi membantu siasatan, Mohd Na’im berkata, pihak penguatkuasa Jawi telah memanggil seramai yang mungkin bagi menjalankan siasatan tersebut bagi memastikan tidak ada kelompongan dalam siasatan dibuat.

Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan sekumpulan individu didakwa berzikir dalam keadaan pelik di tanah perkuburan Islam di Danau Kota itu sehingga menimbulkan kecurigaan awam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya