Kertas siasatan berkaitan kenyataan KJ didakwa berunsur fitnah sedang dilengkapkan

Kertas siasatan berkaitan kenyataan KJ didakwa berunsur fitnah sedang dilengkapkan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan bekas Menteri Khairy Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkaitan Titah Adendum. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini selesai mengambil keterangan bekas menteri itu semalam dan kini sedang melengkapkan kertas siasatan. 

“Kertas siasatan akan disiapkan dalam masa tujuh hari sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara Bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan Razarudin mengesahkan Khairy diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada 3 petang di pejabatnya di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara di sini

Beliau dilapor berkata, pihaknya menerima dua laporan polis dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan  Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998. 

Jumaat lalu, Setiausaha Politik kepada Azalina, Datuk Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin di Balai Polis Sentul.

Sebelum ini, Khairy menerusi siaran audio siar ‘Keluar Sekejap’  mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya UMNO susulan isu Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairy turut mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraannya dengan menjalani tahanan di rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya