'Kerja naik taraf bantu kurangkan jalan sesak hingga 90 peratus'

‘Kerja naik taraf bantu kurangkan jalan sesak hingga 90 peratus’

KERJA-KERJA naik taraf dan pembaikan jalan di persimpangan Jalan Air Itam dan Persiaran Abdullah Ariff dari pusat bandar menuju ke kawasan Air Itam di George Town, Pulau Pinang telah siap sejak hujung tahun lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerja-kerja naik taraf dan pembaikan jalan di persimpangan Jalan Air Itam dan Persiaran Abdullah Ariff dari pusat bandar menuju ke kawasan Air Itam di sini telah siap sepenuhnya sejak penghujung tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, kesesakan trafik di kawasan berkenaan dipercayai akan dapat dikurangkan sehingga 90 peratus dengan kerja naik taraf tersebut.

Beliau berkata, kerja-kerja naik taraf itu termasuk pembinaan lorong tambahan (shelter lane) untuk pusingan kanan dari Jalan Air Itam ke Persiaran Abdullah Ariff selain mengekalkan dua lorong bebas aliran (free flow lane) yang menuju ke pusat bandar Air Itam.

“Selain itu, jalur pemisah tengah (center median) dan pembatas jalan (road kerbs) di sepanjang Jalan Air Itam juga telah disusun semula dan dinaik taraf untuk memastikan aliran trafik dua hala lebih lancar.

“Beberapa papan tanda baru juga telah dipasang di sepanjang jalan itu untuk memberikan panduan trafik yang lebih jelas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masalah trafik yang membelenggu penduduk kawasan itu selama lebih 10 tahun kini dapat diselesaikan menerusi kerja-kerja menaik taraf serta melebarkan jalan berkenaan.

“Ia juga mampu mengurangkan kesesakan trafik sebanyak 80 hingga 90 peratus, sekali gus bersedia menghadapi kedatangan 6,000 hingga 8,000 pelawat setiap hari semasa perayaan Tahun Baru Cina,” katanya.

Difahamkan, projek naik taraf jalan sepanjang 250 meter dengan kos keseluruhan kira-kira RM600,000 itu dilaksanakan oleh pemaju, Gan Realty Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan laporan penilaian impak trafik yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya