Keretapi Sarong terima anugerah sempenan Forum Pelancongan ASEAN 2025

Keretapi Sarong terima anugerah sempenan Forum Pelancongan ASEAN 2025

SHAMSUL (kiri) menunjukkan trofi yang dimenangi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara ikonik tahunan Keretapi Sarong menerima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025 daripada ASEAN Tourism Association (ASEANTA).

Pengiktirafan berprestij itu disampaikan sempena Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025, yang diadakan di Johor Bahru, Malaysia semalam.

Pengarah Keretapi Sarong dan Pengasas Bersama LOCCO, Shamsul Bahrin Zainuzzaman dalam kenyataan berkata, anugerah ini adalah bukti semangat kolektif rakyat Malaysia dan kecintaan terhadap warisan budaya.

“Keretapi Sarong bukan sekadar sebuah acara, ia adalah platform tradisi bertemu kemodenan, menyemai perpaduan dan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pendekatan unik LOCCO dalam menganjurkan Keretapi Sarong telah menjadikannya satu perayaan kebersamaan,” katanya.

Sebagai rekod, panganjuran acara Keretapi Sarong terus mencipta sejarah dengan penyertaan seramai 25,250 peserta di seluruh negara tahun lalu, menjadikannya edisi terbesar sejak penganjurannya.

Daripada jumlah ini, 15,000 peserta menyertai acara utama di Lembah Klang/Kuala Lumpur, manakala penyertaan terkumpul seramai 10,250 peserta direkodkan dari pelbagai negeri, termasuk di Ipoh, Kuala Terengganu, Tumpat, Johor Bahru, Kuantan, dan Bukit Mertajam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya