KLANG: Kerajaan bersikap terbuka dalam menerima pandangan semua pihak berhubung isu harga belian padi. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia termasuklah mengenai kira-kira 1,000 orang pesawah yang mahu menghantar memorandum mengenai isu itu kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya esok. “Tidak mengapa, itu hak mereka untuk menghantar memorandum dan sebagainya. Kita akan ikuti dengan perbincangan secara intensif bersama semua pihak. “Sehingga sidang Parlimen akan datang, kita akan membuat beberapa pengumuman mengenainya,” katanya pada sidang akbar penutupan Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2024 di Bandar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya