Kerajaan pantau perkembangan banjir di Sarawak - Utusan Malaysia

Kerajaan pantau perkembangan banjir di Sarawak

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) mengaul yee sang pada Majlis Mesra Tahun Baru Cina di Dewan Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serius memantau perkembangan banjir di Sarawak yang setakat pukul 12 tengah hari ini telah melibatkan 6,700 mangsa merangkumi lebih 1,800 keluarga.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini, beliau sering mengingatkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) daripada Semenanjung Malaysia akan berpindah ke Sabah dan Sarawak hanya akan berakhir pada Mac ini.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, terdapat lebih 6,700 mangsa yang melibatkan 1,800 keluarga.

“NADMA sedang berada di Sarawak sekarang dan sebentar tadi mesyuarat kordinasi telah dilakukan antara jawatankuasa bencana negara dan peringkat negeri.

“Aset-aset telah dimobilisasikan di tempat-tempat yang sedang mengalami bencana banjir iaitu di 13 kawasan yang sangat memerlukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu dalam jadual padat seharian di Bagan Datuk dengan melawat Dewan RC, Sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga angkatnya, Beh Song Wan (Bujang) dan Sesi Ramah Mesra dan Taklimat Projek Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah Imtiyaz Tuminah Hamidi.

Katanya, jumlah taburan hujan di Sarawak lebih berbanding biasa dan berharap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dapat memberikan maklumat terkini segera kepada mangsa-mangsa banjir.

Tambah beliau, prosedur operasi standard (SOP) pemindahan masa banjir ialah tiga hari sebelum berlakunya luruan hujan luar biasa dan fenomena air pasang besar.

Ahmad Zahid memaklumkan, kordinasi bersama angkatan tentera dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina semula jambatan yang runtuh ekoran bencana itu dalam tempoh 72 jam selepas kajian terperinci mengenai kesesuaian muka bumi untuk didirikan jambatan Bailey. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya