Kera ceroboh rumah di Felda Jerangau masuk perangkap

Kera ceroboh rumah di Felda Jerangau masuk perangkap

SEBAHAGIAN kera yang ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara di Felda Jerangau, Dungun di Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Lebih 40 ekor kera yang sering mengganggu rumah penduduk di Felda Jerangau, di sini, ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). 

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya memasang dua perangkap di tanah rancangan itu pada Selasa lepas selepas menerima aduan daripada penduduk. 

“Sebelum ini ada penduduk yang mendakwa rumah mereka dimasuki kera yang mencari makanan. Kami memasang dua perangkap besar untuk menangkap kera tersebut dan setakat ini sebanyak 41 ekor kera masuk perangkap,” katanya hari ini. 

Kean Seong menasihatkan penduduk supaya tidak memberi haiwan liar itu makan dan membuang sampah merata-rata yang boleh menjadi tarikan kepada kera. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Felda Jerangau, Anuar Omar berkata, penduduk di kampung itu menarik nafas lega apabila kawanan kera itu ditangkap Perhilitan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya