Keputusan Titah Adendum bukti tiada campur tangan badan Eksekutif

Keputusan Titah Adendum bukti tiada campur tangan badan Eksekutif

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan tiada campur tangan Eksekutif dalam Badan Kehakiman negara.

Ahli Parlimen Pasir, Hassan Abdul Karim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan dan tanggungjawab Perdana Menteri yang baik terhadap soal Titah Adendum berhubung tahanan rumah Najib.

“Anwar Ibrahim secara peribadi dan sebagai Perdana Menteri tidak boleh menjawab secara sewenang-wenang sama ada Titah Adendum itu ada atau tidak ada.

“Dalam hal ini kredit atau pujian wajar diberi kepada Perdana Menteri yang berulang kali menjawab dan menjelaskan di dalam Parlimen atau di luar Parlimen bahawa kerajaan dan beliau khususnya sebagai Perdana Menteri tidak boleh mengganggu perjalanan prosiding mahkamah dan keputusan hakim-hakim,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, justeru itu tiada keperluan bagi Anwar untuk berundur.

“Apakah kita mahu Perdana Menteri campur tangan dalam kerja-kerja profesional peguam-peguam kerajaan di Jabatan Peguam Negara? Tentu kita tidak mahu Perdana Menteri terpaksa lakukan sampai ke peringkat itu,” katanya. 

Dalam pada itu, Hassan berkata, institusi Kehakiman merupakan pemenang sebenar dalam kes ini dengan menunjukkan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan, boleh dicabar dan disemak di mahkamah sekali gus menunjukkan prinsip pemisahan kuasa berjalan baik di Malaysia.

“Najib belum menang secara total. Dia perlu berdepan satu perbicaraan penuh substiantif semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Di sana nanti, Najib mungkin menang atau mungkin kalah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya