Keputusan lantikan JMC Icon Residence Mont Kiara 10 Mac

Keputusan pengesahan lantikan JMC Icon Residence Mont Kiara 10 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata menetapkan 10 Mac bagi keputusan kes Badan Pengurusan Bersama (JMB) Icon Residence Mont Kiara, yang mencabar keabsahan lantikan Majlis Pengurusan Bersama (JMC) perumahan itu.

Pada prosiding itu, wakil Suruhanjaya Bangunan (COB) turut diperintah mengemukakan hujah perundangan bagi mempertahankan tindakannya yang tidak memperakui keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai lalu.

Presiden Tribunal, Hakim Zainal Azlan Abdul Kadir memerintahkan wakil COB, M. Palaniappan untuk mengemukakannya dalam tempoh dua minggu, iaitu pada 20 Januari, sebelum pihaknya membuat keputusan.

Malah, beliau beberapa bertanya kepada Palaniappan berkenaan keputusannya yang mengekalkan JMB, walaupun perkara tersebut diputuskan oleh mahkamah pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Palaniappan menjawab keputusan itu dibuat kerana pihaknya tidak mahu menerima sebarang implikasi berikutan tindakan JMB membawa semula kes berkenaan ke mahkamah.

Justeru, Zainal turut mempersoalkan bertanya jika pihaknya akan mengekalkan tindakan sama jika perkara itu sekali lagi dibawa ke mahkamah dan menerima keputusan sama.

Namun, Palaniappan selaku defendan gagal memberikan hujah yang jelas, menyebabkan hakim mengarahkannya untuk mengemukakan hujah perundangan.

Bagaimanapun, pada prosiding sama Palaniappan mempersoalkan kehadiran pemberita sebelum disanggah oleh hakim yang menyatakan perbicaraan tersebut bukan tertutup dan melibatkan kepentingan awam.

“Sesi ini adalah awam dan saya tidak boleh menghalangnya daripada menjadi pengetahuan umum. Wartawan juga boleh berada di sini tanpa menyalahi undang-undang,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN