Keputusan Na'imah rujuk persoalan undang-undang pada 18 Februari

Keputusan Na’imah rujuk persoalan undang-undang pada 18 Februari

NA'IMAH ABDUL KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Februari ini bagi keputusan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin untuk merujuk beberapa persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan yang mewakili Toh Puan Na’imah Abdul Khalid selaku pemohon dan pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden.

Pada 29 Februari lalu, Na’imah memfailkan notis usul untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi berkaitan Seksyen 30(5), 36(2) dan 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) serta Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 kepada Mahkamah Tinggi.

Persoalan itu adalah sama ada Seksyen 30(5) dan 36(2) ASPRM melanggar hak seseorang untuk dilindungi daripada membabitkan diri dengan suatu kesalahan dan hak untuk tidak dipaksa memberikan keterangan dalam suatu kesalahan yang akan digunakan dalam suatu prosiding terhadapnya serta hak dirinya untuk suatu perbicaraan adil.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 30(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Terdahulu, peguam Datuk Gurdial Singh Nijar yang mewakili Na’imah menyatakan seksyen-seksyen tersebut melanggar Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Hujah beliau, peruntukan tersebut melanggar hak anak guamnya untuk dilindungi daripada membabitkan diri dengan suatu kesalahan dan hak untuk tidak dipaksa memberikan keterangan yang membabitkannya dalam suatu kesalahan yang akan digunakan dalam suatu prosiding selain hak untuk perbicaraan yang adil.

“Oleh itu, terdapat isu perlembagaan ini boleh dipertikaikan dan bukan bersifat remeh,” katanya.

Justeru, Gurdial Singh memohon agar mahkamah membenarkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi bagi pertimbangan lanjut sama ada isu ini wajar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pihaknya membantah permohonan tersebut kerana ia tidak bermerit, remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

“Pemohon telah gagal memenuhi kehendak di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman dan isu yang ingin dirujuk oleh pemohon bukan melibatkan isu perlembagaan. Sehubungan itu, kami mohon mahkamah menolak permohonan tersebut,” katanya.

Pada 23 Januari 2023, Na’imah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan 12 harta seperti yang dikehendaki Akta SPRM, Disember 2023.

Harta-harta tersebut melibatkan dua buah syarikat Ilham Tower Sdn. Bhd. dan  Ilham Baru Sdn. Bhd. serta dua kenderaan mewah Mercedez Benz.

Selain itu, lapan hartanah didakwa turut gagal diisytiharkan iaitu Menara Ilham di Jalan Binjai di sini, kediaman di Persiaran Bukit Tunku serta tanah dan bangunan berstatus pegangan bebas di Bukit Tunku, Pulau Pinang dan Taman Tun Dr. Ismail.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya