KETIKA ini, tanaman buah mangga harumanis di Perlis sudah mengeluarkan bunga antara lima hingga 10 peratus dengan jangkaan hasil menjelang penghujung Mac ini. Keluasan tanaman harumanis di Perlis mencecah sehingga 1,745.79 hektar melibatkan 2,693 petani manakala keluasan berhasil pula sekitar 1,611.59 hektar berbanding keluasan seluruh kawasan penanaman mangga Malaysia iaitu 4,415.28 hektar. Namun, setiap kali tiba musim harumanis antara isu yang sering diperdebatkan dan sentiasa menjadi polemik orang ramai khususnya dari luar negeri ini adalah berkaitan harganya yang dikatakan terlalu tinggi iaitu antara RM35 hingga RM40 sekilogram. Setiap kali itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya