Keluarga diancam punca Harith batalkan persembahan

Keluarga diancam punca Harith batalkan persembahan

HARITH ISKANDER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga Harith Iskander menerima ancaman kejam hingga menyebabkan Program komedi berdiri ‘Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter’ dibatalkan.

Perkara itu didedahkan sendiri isteri yang juga pengurus pelawak terbabit, Dr. Jezamine Lim, yang memaklumkan keluarganya menerima ancaman sangat kejam terutama terhadap anak-anak mereka.

“Acara ini sepatutnya menampilkan pertunjukan pembukaan khas pertama oleh dua anak saya, Zander dan Zydane. 

“Namun, ancaman bunuh yang saya terima minggu lalu membuatkan saya sangat bimbang mengenai keselamatan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas mengenai ancaman yang diterima, Jezamine berkata, tindakan mengancam keselamatan anak-anaknya merupakan perbuatan yang melampau.

“Ia perbuatan yang keji, penakut dan tidak berperikemanusiaan,” katanya sambil mengesahkan laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa dan siasatan polis sedang dijalankan. 

Tambahnya, tidak cukup dengan itu, ancaman ditambah dengan gangguan dalam talian yang tidak henti-henti daripada individu tertentu, yang akhirnya membawa kepada keputusan bersama untuk mengutamakan keselamatan berbanding meneruskan persembahan tersebut.

“Saya benar-benar kecewa dengan bagaimana mentaliti orang ramai yang tidak berfikir boleh mendorong sesetengah orang ke tahap yang ekstrem,” katanya.

Terdahulu, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) memaklumkan mengenai pembatalan program ‘Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter’ sambil memohon maaf atas kesulitan berlaku.

Pembatalan itu dilakukan susulan satu kontroversi mengenai hantaran dikongsi pelawak itu di media sosial pada 21 Januari, polis kemudian membuka siasatan.

Polis juga merekodkan kenyataan Harith berkenaan isu tersebut dan satu laporan berasingan mengenai ancaman dibuat di balai polis Dang Wangi pada Selasa.

Dalam pada itu, Jezamine berkata keputusan pembatalan program itu dibuat secara bersama oleh Dewan Filharmonik Petronas dan keluarga.

Menurutnya, Harith meluahkan rasa kecewa yang mendalam berkenaan pembatalan terbabit, menegaskan bahawa ia bukanlah keputusan yang dibuat dengan mudah selepas beberapa bulan persiapan.

Mengambil kira pemahamannya tentang Islam, Jezamine mengingatkan pembaca tentang nilai belas kasihan dan rahmah.

“Saya diajar bahawa Allah menyuruh umat Islam untuk berbuat baik kepada semua orang, tidak kira tindakan atau status mereka. 

“Kebaikan adalah satu sifat yang mencerminkan sifat Allah yang penuh dengan rahmat dan kasih sayang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya