Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat terperinci afidavit Azilah

Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat terperinci afidavit Azilah

ALTANTUYA SHARIIBUU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu mendesak kerajaan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung tuduhan yang terkandung dalam afidavit yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri.

Menerusi afidavit yang difailkan oleh Azilah itu, ia menyatakan penglibatan pegawai tinggi kerajaan dalam mengarahkan operasi sulit untuk membunuh dan melupuskan jenazah mendiang Altantuya.

Peguam bagi pihak keluarga mendiang, Sangeet Kaur Deo berkata, afidavit yang diterima merupakan satu tuduhan yang sangat serius dan mencabar integriti institusi awam negara, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sekiranya tuduhan ini terbukti benar, ia menunjukkan eksploitasi untuk agenda peribadi oleh individu berpengaruh bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat tetapi juga merosakkan reputasi antarabangsa negara.

“Walaupun tuduhan ini amat serius, dan surat rasmi telah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sejak Oktober 2024 yang disalinkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara, masih tiada tindakan yang nyata daripada kementerian ,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, keluarga mendiang mendesak siasatan secara terperinci dilakukan memandangkan afidavit yang dikemuka tidak ditolak daripada Jabatan Peguam Negara.

“Skandal Altantuya’ telah sekian lama mencemarkan nama baik negara ini, dan keengganan menjalankan siasatan ke dalam skandal menimbulkan persoalan besar tentang komitmen Kerajaan Madani terhadap ketelusan dan akauntabiliti.

“Jadi kita mendesak untuk kerajaan Madani siasat dan ambil tegas seperti yang dijanjikan oleh pentadbiran semasa, menegakkan kedaulatan undang-undang, dan integriti institusi kehakiman negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan juga diminta untuk memberi penjelasan berkait usaha terkini untuk memastikan kepulangan Sirul Azhar Umar dari Australia dikenakan undang-undang.

Sebelum ini, Altantuya ketika berusia 28 tahun telah dibunuh di kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor pada Oktober 2006 sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.

Mahkamah sebelum ini mendapati Azilah dan bekas komando polis, Sirul Azhar Umar bersalah atas pembunuhan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati pada April 2009.

Azilah kini berada di penjara menunggu hukuman mati di Malaysia manakala Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan kedua-duanya dan mengembalikan sabitan serta hukuman mati mereka pada 2015.

Disebabkan melebihi tempoh visa pelancong, Sirul ditahan oleh pihak berkuasa Australia yang mempunyai dasar tidak menghantar pulang sesiapa yang menghadapi hukuman mati di negara asal.

Ketika ini anggota itu sudah dibebaskan dan terus menetap di Australia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya