Ah Hock sambut Tahun Baharu Cina bersama orang Melayu

Keluarga Ah Hock sambut Tahun Baharu Cina bersama orang Melayu

PASANGAN Cheng Hock dan isteri, Low Lan Yin merupakan satu-satunya keluarga Cina menetap di perkampungan nelayan memberi limau kepada penduduk yang majoritinya Melayu sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Meskipun keluarga berbangsa Cina tunggal menetap di perkampungan nelayan, Kampung Warna-Warni Seberang Ramai di sini, mereka tidak bersendirian menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Pasangan Tan Cheng Hock, 72, dan isterinya, Low Lan Yin,72, sentiasa menerima kunjungan penduduk kampung berkenaan yang majoritinya Melayu bagi bersama meraikan ke­luarga itu pada musim perayaan.

Cheng Hock berkata, sejak 40 tahun menetap di kampung berkenaan, dia dan isteri sentiasa membuat persiapan serba sempurna bagi menyambut kehadiran tetamu.

Mesra disapa Ah Hock, kata­nya penduduk di sini menganggap dia seperti keluarga sendiri memandangkan mereka satu-satu yang berbangsa Cina di sini.

“Sambutan Tahun Baharu Cina kami sekeluarga sememangnya meriah sebab ramai kenalan kami berbangsa Melayu yang datang meraikan termasuk membawa buah tangan.

“Apabila tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, saya akan berkunjung ke rumah penduduk Melayu di sini bagi bersama meraikan perayaan,” kata pengusaha kedai runcit itu ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Kata Ah Hock, sebelum ini, terdapat sekitar lima keluarga berbangsa Cina menetap dan bekerja di kampung nelayan ini namun kesemuanya sudah berpindah ke kawasan lain.

“Ada penduduk yang berpindah untuk cari peluang kerja di luar selepas ibu bapa mereka meninggal dunia dan kini hanya tinggal kami yang masih menetap di sini. Walaupun begitu, kami tidak pernah rasa terpinggir kerana penduduk kampung me­layan kami dengan baik,” katanya.

Pada tahun ini dia dan isteri akan meraikan Tahun Baharu Cina bersama tiga anak mereka yang pulang ke kampung halaman.
Mereka sekeluarga berkumpul dan makan besar bersama setiap kali perayaan Tahun Baharu Cina menjelang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya