Kelantan ubah belanjawan dari defisit kepada surplus

Kelantan ubah belanjawan dari defisit kepada surplus

MOHD. Nassuruddin Daud (tengah) menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri Kelantan sempena Majlis Amanat Tahun Baharu dan Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengubah kedudukan belanjawan negeri daripada defisit kepada surplus menjelang hujung tahun lalu sekali gus menggambarkan komitmen dalam memastikan pengurusan kewangan mampan.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, prestasi kewangan kerajaan negeri bagi tahun lalu mencerminkan kejayaan pengurusan belanjawan seimbang antara hasil dan perbelanjaan.

“Melalui pendekatan pengurusan fiskal berhemah dan strategik, kerajaan negeri berjaya mengubah kedudukan bajet yang pada asalnya mencatat defisit RM178.49 juta kepada lebihan (surplus) sebanyak RM10.92 juta menjelang hujung tahun lepas.

“Kerajaan negeri beriltizam dan komited untuk melaksanakan teras bajet tahun 2025, iaitu ke arah bajet seimbang pada tahun-tahun akan datang melalui mempelbagaikan punca hasil baharu serta kawalan perbelanjaan secara berhemah,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan pada 2023 menunjukkan peningkatan nilai dengan menjana sebanyak RM27.6 bilion.

Katanya, bagi meningkatkan daya saing Kelantan sebagai destinasi pelaburan, kerajaan negeri berharap Kementerian Ekonomi melanjutkan Pakej Insentif Khas Kelantan melalui Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) untuk tahun ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya