Kejayaan kerja tentukan kedudukan politik saya - Ewon

Kejayaan kerja tentukan kedudukan politik saya – Ewon

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika ditemui pemberita pada Majlis Amanat Menteri Tahun 2025 di Dewan Tun Razak, Menara Kembar Bank Rakyat. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan dalam menggalas jawatan selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah adalah berdasarkan kejayaan dalam meneraju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, beliau percaya kedudukan politiknya adalah melihat kepada kemampuan dalam pimpinan di peringkat kementerian.

“Pencapaian, kerja keras dan kerja berpasukan saya di peringkat kementerian seharusnya dapat menentukan kedudukan saya di mana-mana.

“Biar saya fokus tanggungjawab kementerian saya buat masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Amanat Menteri KUSKOP Tahun 2025, di sini.

Pada 4 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan krisis pemilihan Pengerusi PH Sabah seakan-akan belum berakhir. 

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Sazayle Donol Abdullah berkata, PKR kekal dengan pendirian tidak mahu jawatan Pengerusi PH diberikan kepada UPKO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya