Kejadian pukul OKU mental bukan di tapak pasar tani FAMA 

Kejadian pukul OKU mental bukan di tapak pasar tani FAMA 

MUHAMAD Fadlee Hassan (dua dari kanan) meninjau operasi perniagaan di pasar tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kejadian seorang lelaki orang kurang kpaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental dibelasah di Kemaman, Jumaat lalu bukan berlaku di tapak pasar tani seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sebaliknya, ia berlaku di tapak pasar pagi di Jalan Padang Astaka Chukai di bawah seliaan Persatuan Penjaja Daerah Kemaman.

Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, sejak insiden itu tular dalam media sosial, ramai yang mempersoal tahap keselamatan di pasar tani dan meluahkan kebimbangan untuk berkunjung ke lokasi itu bagi membeli barangan keperluan.

“FAMA Terengganu menafikan lokasi kejadian adalah di tapak pasar tani bawah seliaan kami. Kebetulan, waktu operasi pasar tani Chukai di bawah seliaan FAMA dan pasar pagi di Jalan Padang Astaka di bawah seliaan persatuan penjaja itu adalah sama iaitu pada setiap hari Jumaat bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.

“Lokasi pasar tani Chukai FAMA adalah di tapak parkir belakang Masjid Sultan Ahmad manakala lokasi pasar pagi Jalan Padang Astaka adalah di sepanjang Jalan Padang Astaka Chukai, Kemaman,” katanya selepas melawat operasi perniagaan pasar tani Padang Hiliran di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai upaya  tidak perlu bimbang untuk terus berkunjung ke pasar tani seliaan FAMA kerana jaminan keselamatan pengunjung menjadi keutamaan pihaknya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN