TAPAH: Durian kampung dari Langkap dekat sini mempunyai pelbagai warna seperti kuning pekat, cair malah ada yang berwarna putih selain gabungan rasa manis dan pahit setanding dengan raja buah menjadikannya premium seperti Musang King serta Duri Hitam. Seorang peniaga durian berhampiran Masjid Jamek Air Kuning, Air Kuning di sini, Normadiah Mohd. Zaki, 38, berkata, durian dari kawasan pekan yang terkenal dengan kawasan sawah itu menjadi pilihan pelanggan pada musim durian. Katanya, kebanyakan pembeli merangkumi pelbagai kaum seperti Melayu dan India sejak mula berniaga durian kampung itu sejak tujuh tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya