Keharmonian kaum jamin kekuatan negara

Keharmonian kaum jamin kekuatan negara – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Tahun Baharu Cina perlu dijadikan titik permulaan yang baharu dan segar bagi memperkukuh semangat kebersamaan serta kekeluargaan demi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat menyambut perayaan besar kaum Cina ini mengingat kembali kata-kata Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.

“Lantas, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan yang madani, yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Justeru jadikan Tahun Baharu ini satu titik permulaan yang baru dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara. Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina,” katanya dalam hantaran di Facebook.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Dalam hantaran berasingan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat menghayati semangat perpaduan dan memupuk rasa saling menghormati antara satu sama lain.

“Semoga perayaan ini menjadi detik bermakna untuk kita terus menanam nilai saling menghormati dan membina sebuah Malaysia yang lebih makmur dan harmoni,” katanya.

FADILLAH YUSOF

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak rakyat Malaysia meraikan perayaan ini dengan penuh kegembiraan, semangat muhibah, toleransi serta kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai.

“Semoga perayaan tahun ular ini mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan kita serta membawa kebahagiaan yang melimpah, rezeki yang bertambah dan kejayaan kepada semua.

“Syukurilah sentiasa nikmat perpaduan dan keharmonian kaum yang kita nikmati di Malaysia kerana ia adalah asas kepada kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya