Kedai serbaneka disimbah cat merah di UM

Kedai serbaneka disimbah cat merah di UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), di sini menjadi sasaran vandalisme apabila disimbah cat merah dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 pagi dan disedari pekerja premis berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusnya.

“Polis telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada polis bantuan dan kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan laporan awal, cat merah dipercayai disimbah pada bahagian pintu hadapan kedai serbaneka itu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk membantu mengesan suspek.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, Persatuan Belia Baru UM (Umany) mengecam kejadian menyimbah cat merah pada pintu premis sebuah kedai serbaneka di dalam kampus universiti.

Presiden Umany, Lim Jing Jet berkata, masih belum jelas sama ada kejadian itu berkaitan dengan kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya