Kedah sasar enam juta pelancong sempena TMK 2025 

Kedah sasar enam juta pelancong sempena TMK 2025 

PENGEMBARA yang tiba dari Thailand melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam sempena Majlis Sambutan TMK 2025 di Kubang Pasu. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melahirkan keyakinan sasaran kerajaan negeri untuk mencatat kemasukan pelancong sebanyak enam juta sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 tercapai. 

Muhammad Sanusi berkata, TMK 2025 yang bermula hari ini menghimpunkan lebih 150 acara sepanjang tahun ini dalam usaha menarik pelancong domestik dan antarabangsa. 

“Kita juga sudah mengeluarkan risalah atau senarai tempat menarik untuk dilawati di Kedah untuk diedarkan kepada pemain industri pelancongan di seluruh negara. 

“Saya harap 2025 ini akan menjadi titik mula kepada kebanjiran pelancong domestik dan antarabangsa datang ke Kedah. Saya difahamkan Batik Air pun telah memulakan operasi,” katanya selepas Majlis Sambutan TMK 2025 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin, dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memperkukuh hubungan diplomatik dengan Thailand dalam usaha menarik kemasukan lebih ramai pelancong dari negara itu ke negeri ini. 

“Kita akan tingkatkan lagi program-program bekerjasama dengan Thailand khususnya dalam sektor industri makanan halal iaitu salah satu yang terbesar dan sedang berkembang sekarang ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya