Kedah harap ‘wish list’ dimasukkan dalam RMK13

Kedah harap ‘wish list’ dimasukkan dalam RMK13

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diminta jangan sombong jayakan Kempen Tahun Melawat Kedah 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan projek yang diharapkan (wish list) dari negeri itu untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek-projek itu kebanyakan melibatkan infrastruktur seperti membina jalan baharu dan laluan bertingkat, menaik taraf jalan dan bangunan, membina jambatan baharu serta klinik kesihatan baharu untuk keperluan rakyat negeri ini.

Katanya, kelulusan untuk projek-projek dalam senarai itu penting demi membolehkan Kedah setaraf dengan negeri-negeri maju lain seperti di Lembah Klang.

“Senarai Kedah masih berkisar tentang infrastruktur seperti dinyatakan oleh Menteri Ekonomi itu bahawa beberapa negeri perlu diberi perhatian tentang pembangunan infrastruktur. Itu kerana di Kedah, peringkat infrastruktur pun belum selesai macam mana mahu melangkah ke peringkat ‘software’ (kemahiran berkaitan perisian) seperti saranan kerajaan.

“Permintaan kami adalah usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur asas supaya kita dapat meneruskan langkah berikutnya. Adalah kurang adil jika ekonomi negara dibuat berasaskan persiapan-persiapan di negeri yang sudah maju seperti di Lembah Klang.

“Lalu diajak kami untuk bersaing dengan liga yang sudah hebat di mana di peringkat kami masih banyak perkara asas yang belum dapat ditunaikan,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus RMK13 di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika berucap dalam majlis itu menyarankan agar kerajaan negeri merebut peluang kemahiran dalam sektor perisian bukan perkilangan semata-mata sebagai salah satu usaha melangkah ke negara maju. 

Kata Muhammad Sanusi, pihaknya juga berharap pembangunan keperluan asas itu dapat membantu usaha kerajaan negeri mencapai status negara maju dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan dalam membuat perseimbangan dalam konteks ini supaya kita tidak dapat membandingkan lagi negeri maju dan negeri miskin dalam konteks Malaysia sebagai semua negara.

“Memberi peruntukan sewajar kepada negeri yang masih ketinggalan dalam hardware’ dan infrastruktur.  Harap dapat berdiri di padang sama rata dengan negeri-negeri maju lain di Lembah Klang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya