Kawasan majoriti Melayu, Islam di Ipoh tuntut tiada penjualan arak - Utusan Malaysia

Kawasan majoriti Melayu, Islam di Ipoh tuntut tiada penjualan arak

RUMAIZI Baharin (tiga dari kiri) merasmikan pembukaan Kafe Feng Cha di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Terdapat desakan di beberapa kawasan dalam Ipoh yang majoriti penduduk Melayu dan Islam menuntut supaya tiada penjualan arak di kawasan mereka.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kumpulan tersebut mahu mahu larangan itu dilakukan seperti mana tindakan sama berlaku di Gugusan Manjoi iaitu penempatan yang hampir sepenuhnya adalah masyarakat Melayu dan Islam.

Jelasnya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sebarang permintaan daripada penduduk namun perkara itu akan dikaji terlebih dahulu dari segi kelulusan.

“Sekarang ini di kawasan-kawasan majoriti Melayu selain Manjoi mendesak buat seperti di Manjoi.

“Secara prinsip kita bersetuju, tetapi kita nak lihat kawasan terbabit satu-persatu. Buat masa ini tidak dilaksanakan lagi,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian restoran Cafe Fengcha di sini hari ini.

Semalam, Ahli Majlis MBI, Hamzah Hamdan memuat naik tangkap layar dalam laman Facebooknya berhubung cadangan tidak membenarkan jualan runcit dan borong bagi produk minuman keras atau alkohol.

Bersama muat naik tersebut, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat berkata, dirinya mewakili golongan belia Islam dan beberapa Ahli Majlis MBI berjuang untuk menghentikan penjualan arak atau minuman keras di kawasan orang Melayu.

Mengulas berkenaan perkara itu, Rumaizi mengakui perkara itu dan menyatakan ia satu kelulusan kajian secara dasar tetapi masih melihat kesesuaian sesuatu kawasan.

Beliau turut memberikan contoh beberapa kawasan majoriti Melayu Islam di Ipoh seperti Ulu Chepor, Tambun, Rapat Setia dan Sungai Rokam.

Katanya, Gugusan Manjoi yang merupakan kawasan utama penduduk majoriti Melayu Islam di Ipoh telah dilarang penjualan arak sejak tahun 2021. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya