Kastam rampas 1,330 kotak mercun bernilai lebih RM600,000

Kastam rampas 1,330 kotak mercun bernilai lebih RM600,000

PENOLONG Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa@Mustapa (tengah) menunjukkan barang rampsan mercun dan bunga api pada sidang akhbar JKDM berjaya menumpaskan rampasan mercun dan bunga api di Ibu Pejabat JKDM Dengkil, di sini, hari ini. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan percubaan penyeludupan mercun bernilai RM629,320 menerusi satu serbuan di sebuah gudang dekat Beranang, Selangor pada 14 Januari lalu.

Menurut Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Raizam Mustapa, serbuan itu merupakan kejayaan pertama kastam untuk tahun ini selain boleh dianggap sebagai antara yang terbesar.

Katanya, siasatan awal mendapati barangan itu diimport melalui Pelabuhan Klang, Selangor dari negara Asia Timur.

“Pengimport didapati membuat pengikraran tidak benar yang diisi dalam Borang Kastam 1 (Dokumen Import) membabitkan sejumlah 1,330 buah kotak berisi mercun.

“Produk juga tidak mematuhi spesifikasi dan garis panduan ditetapkan permit import (AP) oleh pihak Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, seorang lelaki tempatan berusia 50-an turut ditahan ketika serbuan.

“Jumlah duti atau cukai yang sepatutnya dikutip adalah sebanyak RM377,592, namun suspek yang ditahan telah dibebaskan atas jaminan kastam.

“Pengimportan secara haram 10 jenis mercun dan bunga api itu tertakluk kepada AP yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara di bawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Dagangan berkenaan kata Raizam, memang dikawal ketat dengan perlu mematuhi Butiran 46, Bahagian 1, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Kes ini masih lagi dalam siasatan dan kami percaya ia kemungkinan besar untuk dijual untuk pasaran tempatan menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya