Karnival Kerjaya, Latihan Industri 2025 gerakkan usaha kebolehpasaran UPNM

Karnival Kerjaya, Latihan Industri 2025 gerakkan usaha kebolehpasaran UPNM

upnm
Mardzuki Muhammad ketika singgah melawat salah sebuah reruai di Karnival Kerjaya dan Latihan Industri UPNM 2025 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Karnival Kerjaya dan Latihan Industri UPNM 2025 bertujuan memperkasa kebolehpasaran graduan dengan membuka peluang kerjaya dan latihan industri kepada lebih 1,000 mahasiswa dan graduan daripada pelbagai fakulti.

Karnival kerjaya ini merupakan inisiatif berterusan UPNM untuk menggerakkan usaha memastikan tahap kebolehpasaran (Graduate Employability – G.E) tertinggi dalam kalangan universiti tempatan.

Karnival ini memainkan peranan penting yang menghubungkan mahasiswa dengan pelbagai industriterkemuka serta membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian.

Lebih menarik, pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan wakil industri, memberikan mereka kelebihan dalam memahami keperluan sebenar dunia pekerjaan.

Kerjasama strategik UPNM dengan gergasi industri seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp, Kemalak Marine, JobStreet, RHB Bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan syarikat-syarikat terkemuka lain telah memberi nilai tambah kepada karnival ini.

Sebanyak 40 syarikat dan agensi seperti AmBank, Parkson, Radicare, Auraplex, Boustead Petroleum dan United Malayan Land turut hadir dengan menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan dan latihan industri dalam pelbagai sektor.

Pada kali ini juga, turut diberikan penghargaan melaluipenyampaian Sijil Pengiktirafan Pencapaian Kebolehpasaran Graduan (G.E) kepada fakulti dan pusat pengajian yang memperoleh pencapaian 90 peratus ke atas kebolehpasaran graduan (G.E) pada tahun 2023,yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) UPNM Kol Prof. Dr. Khairol Amali Ahmad (B) .

Turut sama dalam majlis ialah Naib Canselor, Laftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, yang singgah beramah mesra bersama pelajar dan wakil industri.Inisiatif ini mencerminkan komitmen UPNM dalam mempersiapkan graduan bukan sahaja dengan ilmu akademik, tetapi juga dengan kemahiran dan pengalaman praktikal yang relevan dengan keperluan industri semasa.

Antara tarikan lain program ini adalah kaunter semakan resume, reruai kaunseling kerjaya, mini games oleh PERKESO, minuman dan ais krim secara percuma yang diadakan untuk mahasiswa yang berkunjung.

Program yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang ini dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang ditaja oleh pelbagai industri yang hadir.

Dengan pelbagai inisiatif ini, UPNM terus mengorak langkah sebagai sebuah institusiyang komited untuk melahirkan graduan berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya