Kapal tangki terbakar, 14 kru kapal diselamatkan Maritim Malaysia

Kapal tangki terbakar, 14 kru kapal diselamatkan Maritim Malaysia

OPERASI memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kapal tangki dalam kejadian di empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, Johor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan kru sebuah kapal tangki yang terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada pukul 9.25 pagi setelah menerima makluman kejadian itu daripada Kapal Maritim KM SATRIA.

Beliau berkata, KM Satria, KM Tambisan dan Bot Kilat 18 dari Maritim Malaysia Negeri Johor telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengkoordinasikan Op Carilamat bersama dua buah bot dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahnya, operasi tersebut turut melibatkan lima buah bot tunda syarikat operator STS iaitu Syarikat Contemporary Logistics bagi melawan kebakaran kapal tangki terbabit. 

“Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan oleh 15 orang kru warganegara Myanmar, Indonesia dan Singapura berumur lingkungan 22 hingga 73 tahun. 

“Seramai 14 orang kru tersebut telah diselamatkan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor manakala seorang kru warganegara Indonesia telah hanyut ke perairan Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kama Azri berkata, mangsa yang hanyut itu berjaya dikesan pihak berkuasa republik tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Katanya, kebakaran kapal tangki terbabit dapat dikawal sepenuhnya dan tiada tumpahan minyak dikesan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya